Saturday, 1 February 2014

IDOLS GIVE BACK

Admin ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas Program "IDOLS GIVE BACK" ataupun Program Idolaku PMR yang telah diadakan pada 30.1.2014. Terima kasih kepada para pelajar SMK Gedong yang telah mendapat 8A dan 7A di atas tips-tips yang dikongsikan bersama dengan bakal pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Diharap mereka akan mendapat manafaat dan maklumat yang berguna dalam mengharungi peperiksaan yang bakal ditempuhi.


Wednesday, 22 January 2014

MAJLIS PERHIMPUNAN TERAKHIR BERSAMA ENCIK PATRICK PAWAN



Hari ini kita bakal akan kehilangan seorang guru yang dedikasi dan komited dalam menjalankan tugasnya sebagai Penolong Kanan 1 SMK Gedong. Encik Patrick Pawan akan berpindah tugas ke SMK Lake,Bau setelah berkhidmat selama 20 tahun di sini. Seorang guru yang begitu inovatif dan kreatif dalam tugas serta pengajaran dan pembelajarannya, sudah tentu banyak perubahan dibawa oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah ini.

Admin sebagai wakil seluruh warga SMK Gedong ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Patrick atas jasa beliau yang tidak ternilai harganya dan tidak akan pernah boleh kami balas. Diharap pemergian beliau akan menjadi dorongan kepada semua pelajar untuk terus belajar dengan lebih baik dan berusaha untuk meningkatkan imej dan prestasi sekolah. Ini merupakan antara visi dan harapan beliau terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong ini. Kami doakan semoga cikgu akan terus menabur bakti kepada anak bangsa walaupun di mana saja cikgu bertugas kerana cikgu
mempunyai satu kelebihan dalam mendidik dan menaikkan semangat pelajar. 



Monday, 20 January 2014

LifeLong Fitness Anjuran Pelajar Fakulti Sains Sukan UITM Samarahan

Admin ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pelajar Fakulti Sains Sukan UITM Samarahan di atas aktiviti yang menarik petang tadi.

Saturday, 4 January 2014

"API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN DAN BILA SUDAH BESAR MENJADI LAWAN"

Berdasarkan pepatah ini, pihak sekolah memulakan aktiviti pertama untuk tahun ini dengan ceramah beserta demo memadamkan kebakaran. Admin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




Keputusan PMR telah pun diumumkan. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang berjaya memperbaiki keputusan PMR dan memperbaiki GPS sekolah walaupun tidak mencapai target 2.99. Sekurang-kurangnya kita berjaya memperbaiki GPS sekolah dari 3.15 ke 3.00. Admin juga ingin memohon maaf kepada semua pelajar yang ternanti-nanti dan tertanya-tanya siapakah pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang. Sekali lagi Admin ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dan kepada pelajar yang tidak mencapai target, janganlah berputus asa. Teruskan usaha anda, kuatkan semangat untuk memperbaiki keputusan peperiksaan.

Dari kiri
Rosmawati Bt Isneran(8A), Harmieza Bt Abang Kelana(8A), Nurasmira Bt Disa(7A1B), Nur Asyura Bt Hasli(8A), Illi Najwa Bt Mohammad Sakri(7A1B). Tiada dalam gambar: Alvira Natasha Ak Chundi(7A1B),




























































Thursday, 2 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warga SMK Gedong dan para pembaca blog ini. Admin mengucapkan semoga tahun baru ini membawa kejayaan dalam apa jua rancangan dan aktiviti bagi merealisasikan misi dan visi sekolah iaitu menjadikan SMK GEDONG sekolah unggul.

Thursday, 1 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri 
diucapkan kepada warga SMK GEDONG yang beragama Islam
 dan selamat bercuti kepada semua. 

Berhati-hati di jalan raya dan semoga semua kita akan selamat kembali ke sekolah pada 
19 OGOS 2013