Thursday, 14 March 2013

PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT


 Pada 6 Mac 2013 - 9 Mac 2013 yang lepas, SMK Gedong telah
menyertai Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Zon Samarahan 2013 di Balai Bomba  Serian. Perkhemahan kadet bomba pada tahun 2013 ini telah dianjurkan oleh SMK Serian iaitu sebagai tuan rumah bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Samarahan dan Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan.
Perkhemahan ini disertai oleh 7 buah sekolah di bahagian Samarahan.

Pasukan SMK Gedong telah memenangi PERSEMBAHAN TERBAIK pada Malam Kebudayaan.

Tahniah dan Syabas diucapkan!









Thursday, 7 March 2013

PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS 2013


 Pada 1 Mac 2013 - 4 Mac 2013 yang lepas, SMK Gedong telah menghantar 6 orang wakil daripada pasukan Kadet Polis ke Perkhemahan Kor Kadet Polis yang diadakan di Balai PolisTebedu...Perkhemahan ini disertai oleh semua sekolah Bahagian Samarahan.

Pasukan SMK Gedong (dalam kumpulan platun 1) telah mendapat Johan bagi pertandingan kawad kaki dan larian berhalangan..

Seorang pelajar lelaki SMK Gedong iaitu Mohamad Akhtarizan telah muncul sebagai KADET LELAKI TERBAIK dan juga mendapat Johan bagi Kawad Kaki Individu bagi kategori lelaki..

TAHNIAH DAN SYABAS...

 






Thursday, 28 February 2013

PERKHEMAHAN KEPIMPINAN PENGAWAS 2013


Pada 22 Februari 2013 sehingga 24 Februari 2013 telah berlangsung perkhemahan kepimpinan pengawas sekolah SMK Gedong. Ianya telah diadakan di padang sekolah SMK Gedong..











































































Tahniah dan syabas kepada semua pengawas yang terlibat dengan jayanya...

Di harap supaya perkhemahan ini dapat memberikan jati diri yang kukuh kepada semua pengawas..