Tuesday 12 February 2013

SEJARAH SMK GEDONG

SMK Gedong ditubuhkan pada tahun 1980.Ia dibina berhampiran Sungai Sadong dan berkongsi kawasan dengan SK Abang Kadir,Gedong. "Gedong" dipilih sebagai nama sekolah bersesuaian dengan tempat ia didirikan,iaitu kawasan perkampungan di mana majoriti penduduknya ialah kaum Melayu yang menyarakan hidup daripada hasil pertanian dan menangkap ikan sungai. 

Gedong merupakan sebuah daerah kecil di Bahagian Samarahan yang terletak kira-kira 92 km dari Bandar Raya Kuching. Pertumbuhan jumlah murid yang semakin pesat pada setiap tahun dan permohonan dari pihak kampung maka ilham untuk membina sebuah sekolah menengah awal 1979 menjadi realiti. Orang-orang kampung mengadakan pertemuan dengan Ahli Yang Berhormat dan menyatakan hasrat mereka untuk mendirikan sebuah sekolah menengah harian berasrama di Gedong. 

Sebelum itu,anak-anak didik dari Gedong melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK Simunjan atau SMK Serian. Maka pada pertengahan tahun 1979 sebuah bangunan kayu dan beratap zink telah dibina secara kilat hasil kerjasama dari semua pihak dengan sedikit bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Bangunan tersebut mempunyai 4 bilik yang boleh menampung 30 orang murid bagi setiap bilik.

Namun apabila dilihat SMK Gedong sekarang sudah jauh ke hadapan dan mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk pelajarnya di sini. Semoga semua guru dapat bekerjasama dalam meningkatkan prestasi sekolah sehingga ke antarabangsa dan para pelajar berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan pencapaian diri sendiri..


Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong
MotoUsaha Dedikasi Jujur Jaya
JenisSekolah menengah kebangsaanSekolah kerajaan
PengetuaEn. Rosli bin Sahmat
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn. Patrick Pawan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Aman Bin Akup
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mazlan Bin Mohamed
Pengerusi PIBGEn. Joseph Joran
Kod sekolahYEA8302
Lokasi Malaysia Jalan Gedong, Simunjan, Via Serian, 94700, Serian,, Sarawak Bumi KenyalangMalaysia
Telefon            +6082781200      
Faks+6082781471

No comments:

Post a Comment